Little Paris
Annyeonghaseyo !

Hello ! Welcome to Nieysa Alexander's life . Please be nice here or I will call my Peterpan to kill you ! Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Boleh request Tuto kat sini.
Click 'Hantar' sekali sahaja.


Big Clap

Template: bodoh bodohh
Basecodes: bundus
Others:   


UKCG 2014 (My experience)




Assalamualaikum . And good evening everybody . Lama kan NA menghilangkan diri . Cewah ! Haha . Bukan apa . Masa bulan 3-4 sibuk dengan result and isi UPU apa semua yang berkaitan dengannya . Okey . Mami suruh NA isi Maktab Perguruan . Actually NA tak minat sangat jadi cikgu nie . Sebabnya NA nie boleh dikatakan cepat baran aka cepat nak marah . Plus yang membuatkan NA reject mentah-mentah jadi cikgu nie adalah disebabkan oleh PBS . Fuhhh . Lega gila tau bila batch NA tak kena PBS . But ! Masa NA darjah 6 matematik dalam bahasa inggeris uolls . Bukan tak reti langsung but batch 96 memang macam bahan uji kaji uolls . Haha . Okey lets drop that topic.


Em . Actually nak isi maktab ada syarat-syarat dia . Tak silap NA 5A above dah boleh mintak . Tapi seriously NA tak baca pun syarat-syarat dia . Hehe . Mohon jangan tiru perangai huduh nie . Then NA pilih untuk subjek yang NA layak pohon . So NA pilih Matematik and Sejarah . Masa dah boleh semak layak atau tidak pi Ujian Kelayakan (Fasa 1) tuu , punya laa dok doa "Please jangan dapat . Jangan dapat . Aku tak rela ya Allah ! Aku takut kalau aku dapat karang anak orang aku ajar tak ikhlas! " Haha . Cem bangang jaa perangai huduh tuu . Sekali aku semak "Tahniah anda layak untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru . Then blablabla" Sekali aku tengok subjek yang ditawarkan "Matematik" . Macam nak pengsan . Seriously aku takpandai pun Maths and Add maths . Memang add maths aku teruk gila . Haha . Masa raya lepas mama jikah dah cakap yang aku maybe sesuai jadi cikgu . haiyak .


Tahun 2014 baru KPM start buat ujian fizikal untuk tapis pemohon . Aku dapat kat Kampus Tuanku Bainun Mengkuang Pulau Pinang . Apapun aku terharu sebab mami and ayah ambik cuti semata-mata untuk aku pegi buat ujian tuu . Thanks mami and ayah . I love you . Diorang dah bagitau detail untuk korang . Masa ujian bertulis pukul berapa and tarikh . Document apa yang korang kena bawak sampailah baju apa yang korang kena pakai . Masa aku tuu aku kena pakai baju tshirt lengan panjang putih kosong with tudung bawal kangaroo hitam complete with sport shoes . So takpayah nak tukar baju dah laa . Ko pakai baju tuu dari pagi sampai ko balik rumah . Hehe . Dalam pukul 11 pagi tak silap dah kena daftar apa semua . Bukan buat apa pun . Kat wall dewan tuu diorang dah tempek kertas senarai nama semua calon untuk sesi tuu . Korang pi cari nama korang then ingat number meja untuk buat ujian bertulis .  Aku bawak masuk document like IC , Sijil lahir , surat tawaran , surat ujian bertulis , pensil 2B dengan pemadam seketoi . Haha .


Okey soalan dia nak kata susah aku sendiri pun taktau macam mana . Tapi soalan dia spontan . Etc " Murid anda lewat datang ke sekolah . Tindakan anda sebagai guru ... A) blablaba B)blablabal ." Soalan dia ada 2 bahagian .  Bahagian A ada 2 pilihan jawapan and semuanya 135 soalan . Bahagian B ada 4 pilihan jawapan and 60 soalan bahagian nie . So total 195 soalan dan korang kena jawap dalam masa 45 minit . Haha . Korang jawap dengan jujur laa ehh ? Apapun soalan dia mcm pasal cikgu and pelajar banyak . Lepas jawap tuu ada taklimat sikit pasal ujian fizikal . Aku memang tawakal gila laa diorang nak suruh aku buat apa . Sebab aku kena group yang pukul 4 petang punya . Haha . Sekali coach kata buat kat Gym . Pergh . aku dok nampak macam orang nakpi work out .


Pukul 4 tepat fasi untuk aku punya group tuu bawak kitaorang gi "Gym" tuu. Ukur BMI dulu . Lepas tuu pi kat first arena tuu aku macam "INI GYM KE GELANGGANG ?!!!!" Hahaha . Dewan tertutup yang ada banyak court . Skuasy , badminton @ takraw . Kami ikut fasi pi court skuasy . Ada dua pulak . So pecah 2 group . Rupanya first aku kena buat tunduk-bangun-pusing@kilas . Okey setiap orang ada fasi akan jaga untuk bilang korang punya berapa kali buat . First korang kena bend lutut tangan cecah lantai . Pastu bangun and pusing kanan touch dinding but masa nie korang punya kaki stay macam awal-awal . Maksudnya kaki jangan gerak . Pastu korang bend lutut balik pastu bangun pusing kiri . Buat cepat cepat sebab dia bagi masa 1 minit . Sumpah pening gila . Haha . 2 kali jaa dia bagi buat . Kali kedua tuu korang kena buat bagi lebih dari bilangan yang korang dapat sebelum tuu . Okey lepas tuu gelanggang sebelah pulak aku buat lompat dalam bentuk (+) . Okey dari garisan korang kena lompat belah kiri pastu atas kiri pastu atas kanan and bawah kanan . Takfaham aku pun tak reti nak bagitau macam mana . Hehe . 


Pastu kena buat sit up . Kat sini dia ada level dia . Taksilap level 5 kot . Korang baring then bend lutut pastu tangan lurus then bangun hujung jari sentuh lutut (level 1) . Pastu siku pulak sentuh lutut (level 2) . Pastu tangan letak atas perut @ silang di dada ( aku tak ingat ekceli) (level 3) . Level 4 tangan letak bawah kepala pulak . Dan yang terakhir aku tak ingat . Maaf lah ekk . Non stop kot korang . Letih gila . Yang sit up aku lulus setakat level 3 . Sebab aku memang letih . Haha . Dan ujian yang terakhir nie laa aku benci gila gila . Bleed test . Korang kena lari dalam 10-15 meter sebelum bunyi beep . Yang nie ada level dia . Group aku semua setakat level 1 . Paling terror pun ulangan ke 5 . Aku ulangan ke 4 dengan budak2 lain pakat tumbang habis . Haha . Seriously before turn group aku . Budak lelaki nie aku respect gile ahh . Dia boleh buat sampai level 6 . Tak silap aku graf dia macam nie :


Level 1 - Ulangan 1-6
Level 2 - Ulangan 1-7
Level 3 - Ulangan 1-8

Maaf lah kalau aku cakap salah . Tapi ulangan dia semakin bertambah . Kalau tak silap aku dia buat sampai level 6 ulangan ke 6 taksilap . Tinggi and kurus . Maybe atlet . Nampak mcm budak PLKN . Sebab kawan aku cakap Bleep test tuu dia pernah buat masa di PLKN . Balik tuu siap sedia lah paha korang nak sakit . Seriously aku lepas habis bleep test tuu loya gila . Nak muntah tapi tahan gila . Lepas habis tuu blah gi cari mami and ayah . Memang aku kuatkan kaki jugak sebab lutut dah lembik tahap nak tersembam dah . Nampak ayah terus pegang ayah . Cakap nak air nak air . Haha . Masuk dalam cafe sambar mineral and 100 plus . Fuhhh . Memang letih gegila laa . dengan peluh laa . Basah baju kot . Mintak kat mami kata aku nak duduk depan sebelah driver . Mami dah spare plastik takut aku muntah . Sebab dia tau dah anak dia nie bukan boleh sangat . Sikit-sikit nak muntah . Haha . Masuk kereta jaa bukak pin tudung and ayah bukak tingkap . Aku jenis kalau pening muntah jaa naik kereta kena bagi muka kena udara luar . Aircond aku takberapa nak ngam sangat masa tengah pening . 


Ayah : Rasanya kalau ayah lambat sikit tadi pakai kakak tumbang laa . Hahaha . So how? Okey?

Me : Sumpah taknak buat dah ! I hate physical training ! Urghhhh ! #$%%^&& (cursing)

Mami : Haih mulut tuu . Sat lagi sampai rumah pi mandi solat and makan . Sapu ubat kat paha . Jalan pun dah macam apa tah . Kaki keras macam orang patah kaki .

Me : Imma sure that if you're in my place you gonna start cursing cause its totally hurt !

Parent : *laughing*


P/s : Aku sarankan korang jangan makan banyak masa rehat tuu . Sebab nanti korang akan muntah masa buat PT tuu . Tera aku yang makan seciput nie pun meloya tekak . Haha . And the most important thing is buat warmed up dulu . Kalau tak cramp macam aku . Jalan serupa robot nak mampos lagi . Apapun it was fun you know . Cause kakak and abang fasi semua comel and handsome belaka . Haha . 

# Okey yang tuu baru temu duga fasa 1 . Lepas nie sapa yang lulus buat ujian tadi korang kena pi temu duga lisan pulak . Bagi yang dapat subjek "BAHASA" etc : Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Bahasa Arab and so on , korang kena belatih laa speaking . Aku pun taktau laa lulus ke tidak . Since dapat maths maybe dia tanya pasal maths . Jangan tanya pasal sejarah dekat aku please . Huhuhu . Mami and ayah suruh pi Matrikulasi dulu . So kalau dapat maktab insya allah aku tukar pi maktab . So pasal matrik esok2 lah aku update . Goodnight guys ! :)



Finally ! Pass the JPJ Test !


Assalamualaikum peeps ! Wa manyak hepi woo . Wa sulah boleh bawak itu keleta maa . Wa manyak suka ! Yaa itulah yang aku cakap kat Dennis Lee pasal aku lulus driving test last week . Ceh . Cerita basi dah wei . Nak cerita pesaipa . Ehh . Sukati ah . Blog aku kan? HAHA . Actually aku dah lama gila tau tak contact sama itu apek ( Dennis Lee ) . Mesti tertanya-tanya siapa gerangannya? Macam mana rupanya? Hehe . Biarlah rahsia rupanya . Cuma ciri-ciri dia aku boleh cerita . So lets warm up my memory . Khaja !


Dennis Lee . 19 Years Old . Sekarang stay kat UK tengah sambung study dalam course Business . Katanya nak sambung bisnes keluarga dia . Bisnes apa aku tak ambik tau lah pulak . Aku kenal dia dari Aniq . Aku kenal 2-3 orang saja kawan Aniq nie . After tournament Aniq email aku gambar whole team dia . Okey aku usya sorang demi sorang dan aku terpikat kat sorang budak nie . Lagipun aniq dah jadi kawan aku time tuu . So sesi ulat bulu naik daun dah nak bermula laa . So ..


Aku : Bro , sapa gerangan si apek yang putih melepak nak kemerahan dan campur jambu nie? 

Aniq : Oh . Yang nie? Kami panggil dia Dennis je . Tua setahun dari ko . Malaysian and still available . Kenapa ko tanye?

Aku : Entah laa . Ada something yang buat aku tertarik nak mendekatinya gituu . Kahkahkah

Aniq : Kejap aku panggil . On skype . *Hang up*

Aku : Kay bro . Haa dah bukak nie . Hehe . Ko makin hitam dan macho makcik senah yang cakap .

Aniq : Hehe . Kan? Sebab tuu ko suke aku dulu . 

Aku : *hempuk dengan machine gun naya jaa* .. Mana dia apek tuu . Wa nak kenal sama itu olang yang sudah buat wa punya jantung menari tango  maa ..

Aniq : Gatai noh . Sat aku panggil .. 

******** Then 2 handsome guys appear on my screen..*********

Guy 1 : Hello sweety ! My name is Afiq . Imma 2 years older than you . You can call me Abang Afiq . Nice to know you . *FlyingKiss* *Then blah*

Guy 2 : Hello Nisa ! Nama saya Dennis Lee . Panggil saya Dennis . Saya tua setahun dari awak . Em .. Apa lagi ek? Haa kenapa awak nak tengok saya ek? Aniq bagitahu sama saya tadi .

Me : *Kagum sebab ko hensem sangat dennis* *Speechless*

Dennis : Hello ! Are you there Nisa??

Me : Ha? Okey okey . Saya ada nie . Cuma terkejut sebab... Awak ... Nampak ... Handsome ... *Automatic blushing*

Dennis : What?! HAHAHA ! I know that !! You're crush on me right?

Me : Takde maknenya lah ! *cover nisa cover*

Dennis : Ahahaha ! Okey then . I will chat you my number . Do miss call yeah ! ;)


Lepas tuu kami makin rapat . Lama jugak lah . Em . Walaupun tak kekal dengan dia , kami still rapat macam dulu . Cuma lately kitaorang dah jarang contact sebab dia stay oversea . Cuma aku harap dia jaga diri and kesihatan dia . :)


Okey yang tadi tuu intro yea . hehe . Nie aku nak cerita apa yang jadi kat driving school tadi . Pagi tuu dalam pukul 7.45am Dina fetch aku . Then dia suruh aku jadi driver tak berbayar . Actually aku malas sebenarnya tapi aku fikir-fikir balik untung dah aku Dina sanggup datang ambik aku . Takpa lah . Tengah hari nanti aku suruh dia bawak pulak bisik hati kecilku. Dina punya forced aku bawak lelaju sebab katanya dah lewat . Aku pulak silap besar ah tak pakai sweater bawak motor pepagi buta . Memang beku ah . Kalau Dina yang bawak boleh gak berselindung belakang badan dia . Hehe . 


Sampai driving school dalam 8.15am dan Dina ajak pi pondok terus . Kay dah ramai gila kat pondok tuu . Kerusi panjang almost full . Pukul 9 Mr. JPJ datang and bagi ceramah sikit pasal test tuu . Daripada nasihat kepada kata-kata semangat dan ada jugak amaran . Then bermulalah sesi tunggu angka giliran . Amboi lama gila tau tunggu turn aku . Haihh . Setelah 30 minit menunggu akhirnyaa . Aku dapat sesi kedua dan angka giliran ke 51 . Terus macam rasa rahang mulut nak jatuh kebawah . Gila lambatnya turn aku . Nasib aku dengan Dina sama sesi . Tidak penat lah dia nak kena tunggu kalau tak sama sesi . Satu sesi dah 80 orang dan hari tu ada tiga sesi . Ko darab sendiri lah ek? Macam-macam aku dapat tengok gelagat orang . Ada yang lawak tapi simpati . Yelah kan buat mendaki bukit dulu . Ada yang terundur lah , yang mati enjin lah . Memang lah masa tuu nak gelak tapi aku fikir balik kesiannye diorang . Terpaksa bayar untuk buat test bahagian dalam litar . Dah gabra apa semua memang aku takut gila . Takut tak lepas kat mendaki bukit tuu . Masa QTI hari tu pun aku naik 2x . Malu tuu memang lah tapi terpaksa tebal muka . Harap sangat lulus bahagian tuu sebab aku rasa bahagian side parking dengan 3 penjuru aku takde masalah . 


Waktu yang ditunggu telah tiba . Memang doa panjang gila lah aku . Sekali aku naik Mr. JPJ tuu jerit " No. 51 dengan no.49 tak cecah line . Turun balik !!! " Amboi garangnye . Takut mak . Haha . Tapi masa tuu aku tak fikir dah nak marah JPJ tuu sebab garang sangat . Apa yang aku fikir masa tuu adalah nak lulus bahagian yang aku takut yang amat nie . Sekali lagi naik alhamdulillah . Aku dengan budak sebelah serentak cecah line . Lepas turun tuu aku rasa macam nak jerit jaa aku lulus bahagian tuu . Hehe . Lepas tuu tunggu turn buat parking . Gabra dah hilang . Alhamdulillah . Aku boleh buat dengan tenang . Aku anggap jaa test tuu macam aku tengah buat latihan . Rilek ~ Tuu yang aku selalu cakap kat dalam hati . Then PASS bahagian satu . Alhamdulillah . Tak kena bayar dah bahagian 1 aka dalam litar tuu . Tunggu turn pulak dekat pondok nak buat test kat jalan raya . Ada lah dalam sejam lebih tunggu alih-alih " Kita rehat dulu lah . Pukul 2.30ptg kita sambung lain . Kami pun dah lapar nie " sejurus dengan ayat itu mulalah suara sumbang yang sedang memprotes apa yang Mr JPJ cakap . Aku pun rasa macam nak marah . Yelah sampai berpeluh , selebet dah tunggu turn alih-alih depa nak rehat . Tak patut betul . Memandangkan majoriti pembangkang , so pegawai perempuan keluar pegi beli makanan and yang lelaki tinggal buat test . Sapa yang nak rehat pi rehat . Macam tuu lah . Aku shortcut kan lah ek ..


Sampai jaa turn aku , aku watlek watpiss je . Takleh tunjuk kata gabra satgi depa suka menyakat . HAHA . Sekali tengok tempat duduk penumpang ... Pegawai perempuan . Masa tuu aku hanya mampu kata dalam hati " Omoo !! Aniyaa !!! Wae?!! Andwae !! " Habis keluar bahasa korea basic yang aku tau . HAHA . Yelah ramai yang cakap pegawai perempuan nie straight sikit . Pantang silap sikit mula lah . Aku jeling tengok dia kat sebelah . Not bad . Muda dan segak . So ...


Me : Cik boleh kita mulakan??

Pegawai JPJ : Haa boleh boleh .

************** Check bagi cukup syarat je *************

Me : Cik blablabla sini dah okey . Boleh jalan??

Pegawai : Yaa boleh gerak sekarang ...


************** Krik krik krik krik **********************

Me : Cik kita nakpi jalan mana nie? Jalan 1 ke jalan 2? *Ohh please cakap jalan satu *

Pegawai JPJ : Kamu nakpi jalan mana?

Me : Kalau cik tanya saya memang saya nakpi jalan 1 lah sebab dekat sikit . Saya pun dah lembik dah nie . Tak makan apa pun tadi .

Pegawai JPJ : Ohh . Haa okey . Kita pi jalan 2 ..

Me : *Amboi pandai buat lawak yang buat aku tak gelak lah pulak * Baik cik ..


Then blablablablabla ......


Rancak jugak aku sembang dengan dia . Dia cakap ramai sangat budak lepas spm ambik lesen kereta . 2 minggu berturut-turut dah dia cakap budak buat test dalam 250 orang .Patut lah penuh gila tadi . Kami shortcut je . Yelah berpuluh orang lagi dok tunggu turn . Masa nak balik tuu nampak ramai gila shortcut . Macam lawak pun ada . diorang buat macam tuu sebab banyak lagi yang diorang nak test . So aku dapat 18/20 . Not bad Nieysa Alexander . Hehe . Apapun aku habis dalam 3.30 ptg . Bapak bau peluh lah aku dengan Dina . Balik tuu Dina bawak motor . Then lunch at Pak Hainan . Memang dua-dua pakat letih . Dehidrate habis . Apapun syukur sangat Allah permudahkan kerja aku . Alhamdulillah . Lepas nie boleh drive merata laa . Hehe . Esok baru nakpi JPJ buat lesen . Semoga Allah permudahkan urusan besok hari . 

Selamat malam .


P/s : Bagi sapa yang minat KPOP dah tengok MV Beep Beep - BTOB? Kalau belum tengok lah . Best sangat-sangat dan my boyfriend look handsome in the MV . Hehe . Btw SNSD aka Girls Generation pun dah release lagu baru . Tak silap Mr.Mr. tajuk lagu . Mari kita pakat-pakat layan ! :)

I Have Gain My Weight About 6KG in 3 Months ! T_T


Assalamualaikum . Entry kali nie NA taknak laa intro panjang-panjang . Sebabnya hati tengah berduka lara tau dak ? Sebab apa pulak dah minah nie?  Sebab apa lagi , sebab berat naik secara mendadak laa !


As you know lah kan , NA kan SPM Graduate . Budak tengah tunggu result laa katakan . Nak buat part-time kerja pun sekarang dah banyak penuh . Lagipun tengah busy dengan lesen kereta . Lepas tu nanti kena masuk kem PLKN pulak . Memang takdan laa nak kerja . So lepas jaa habis paper spm hari tuu maka bermulalah sesi membina lemak dirumah ! Apa lagi selain makan , tidoq , baca novel , hadap lappy , mandi dan tonton kdrama . Aktiviti itu dilakukan selama 1 bulan lebih . Tengah bulan 1 daftar lesen lepas tuu sambung lagi aktiviti menaikkan berat badan tu . Start bulan 2 jaa NA sibuk sikit dengan latihan memandu . Hm . Alhamdulillah . NA lulus ujian QTI hari tu . Selasa nie  test JPJ lah . Moga-moga lulus ya . Doakan NA tau ?


Rabu lepas NA pergi Tesco dengan Mami , teman mami beli barang dia nak hias kelas dia . Then masa turun and singgah toilet tuu ternampak mesin timbang berat and tinggi . Sebelum pijak penimbang tuu usya line clear ke tidak . Alhamdulillah lagi sekali bila tengok tak ramai orang . First of all try kat adik Dini dulu . Kay berat dia 16.5kg and 109cm . Budak tadika kan? Haha . Then si kakak nie pun terkinja-kinja jugak lah nak pijak mesin tuu . Sekali timbang mak aii ! Naik 6KG ! Tinggi pulak macam makin kurang jee . Ke mesin nie kelentong aku??? Apapun .... Waaaaa !! Berat naik 6kg . Banyak gila tuu . Silap-silap boleh dikategorikan sebagai fatty and obesiti . Waaa !! Takmau jadi macam tuu !


So start malam tuu lepas nangeh kat mami pasal berat naik , NA dah start taruh azam tau nak kurus . Target NA nak bagi berat badan tinggal 45KG . Agak susah ye teman-teman . Apapun usaha tangga kejayaan ye tak? First of all NA google tips-tips nak diet . Melalui tips-tips tuu NA dah belajar macam-macam . Antaranya yang NA tengah buat ... :


1.Makan dalam pinggan yang lebih kecik . Melalui pinggan kecik kuantiti dan jumlah makanan kita akan berkurang . Kalau makan dalam pinggan yang besor , memang semua benda ko nak cedok boh dalam pinggan . Ye tak??

2 . Banyak makan buah-buahan . Lagi bagus setiap kali hidangan ada buah .

3.Terpaksa makan sayur jugak setelah mami paksa . Nak kurus kan? Korban ajelah walaupun tak suka .

4. Kurangkan minum minuman berkafaien . 

5.For breakfast NA dah start makan sekeping roti gardenia with jem and minuman suam ( etc : Milo or teh BUT kurangkan GULA)

6. Untuk makan malam , amalkan makan waktu petang . Pukul 6.30ptg tuu pun dah okey . Sebabnya lepas makan tu kita akan buat macam-macam aktiviti lagi . Kalau makan lewat dikuatirin makanan tak hadam dan akan melambatkan proses pencernaan serta mungkin makanan yang diambil itu mempunyai lemak yang tinggi .

7.I will start cycling in the morning about 2-3 hours and in the evening I will start joging about 2 hours . Insya Allah . :)

8. Lepas subuh tuu sebaiknya janganlah tumbang tido balik ye . why not try buat kerja orang perempuan pulak . Like kemas rumah . Mop lantai . Sapu sampah . Cuci pinggan and sidai kain baju . Imma pretty sure that you're gonna super duper sweating !


Okey yang tuu je yang mampu NA buat . Nak pergi gym duit memang takde buat masa sekarang . Paling penting kurangkan kuantiti makanan korang tuu . Thats all for tonite . Take care of yourself yea? Annyeong ! :)

Lepak And Jogging With Yuppies !

photography photo: surf surf.jpg

Assalamualaikum peeps ! Sorry sangat-sangat . Semalam NA cakap nak post 3 entry kan? Tapi hanya sempat post untuk entry Tripod dan Monopod . Jeongmal Mianhae . Mami mintak lappy semalam . Aigoo . Okey back to the main topic , entry kali nie cerita dia dah basi laa . Minggu lepas punya cerita . Kahkah .


Team Yuppies (Group Wechat aku dengan kawan-kawan) , tiap hari , tiap masa confirm bising . One day tuu aku dah terlampau bosan dok rumah ,tetiba aje dapat idea nak pergi joging kat Taman Jubli Perak aka Taman Rimba . Taman situ memang tempat rekreasi pun . Bersebelahan dengan padang golf lak kan? Banyak laa datuk-datuk and tan sri dok beriadah situ . Kat sana dalam pukul 4.30ptg dah ada tau orang joging pusing padang golf . Kalau korang sampai pukul 6 ptg memang bapak ramai laa . Dah tuu ada yang tengah panas enjin kereta nak balik dah . Hehe . Selain Taman Jubli Perak , ada lagi dua tempat rekreasi yang korang boleh riadah . Act Taman Jubli Emas  and Stadium Darul Aman . 


Bagi NA , better korang joging kat Taman Rimba sebab situ memang ramai dok riadah situ and joging situ . Kalau dekat Jubli Emas ada gak orang dok joging . Tapi tak ramai tau . Kenapa? Kebanyakkannya orang datang untuk rehat-rehat jaa situ . Dan jugak berdating . Apa yang bestnya pasal Jubli Emas nie adalah dia ada tasik buatan , ada taman permainan khusus untuk kanak-kanak , ada penjaja yang jual makanan , ada horse riding , ada gelanggang skater , padang bola , padang untuk main kapal terbang kawalan jauh dan dan ada jual bubble besor-besor . Best sangat kalau dapat datang dengan family . Weekend je memang full laa tempat tuu . Sampai jalan nak keluar pun jammed . Apapun janji best . Ye tak? :)


Sambung balik pasal chat tadi ..
****************************************************************

NA : Babe ! Petang nie jogging kat Taman Rimba nak? Bosan ahh .

Yuppies : Aha . Okey gak . Kami on je . Lepas asar ek?

Seperti yang di janjikan , lepas asar aku pegi ambik Afiqah . Lepas tu straight ke rumah Jikah then rumah Sarah . Dina tak join cause dia ada latihan driving . Pukul 7pm baru habis katanya . So memang tak ah . Zeera cakap dia pi straight terus and tunggu kami semua kat sana . Okey fine . Dah sampai rumah Sarah dia pulak tak siap lagi . Aigoo . Rasa macam nak hempuk dengan helmet jugak tau dak ? 


Lepas tuu masa nak sampai dekat Taman Rimba , tengah tunggu trafic light hijau , Sarah dengan bangganya : "Bye bye Nisa *Lambai tangan*" . Ceh , short-cut kononnya . Aku pun meneruskan perjalanan seperti biasa . Masa sampai tuu Zeera dah lambai tangan . Then ...

Zeera : Weh mana dia Jikah and Sarah?

NA : Entah . Ingatkan sampai awai tadi . Depa short-cut kot mana entah . Bukan main lambai tangan kat aku . Nie aku dah sampai bayang depa pun tak nampak lagi . 


Lepas 10 minit tunggu baru sampai . Depa kata tunggu kat port lain . Ceh . Kelentong yea . Padahal sesat lettew . Kahkahkah . Dekat pukul 6pm baru nak terkinja-kinja nak mula . Then suddently ...


Jikah : Eh Nisa tuu kan ke Zakwan? *Tunjuk satu sudut*

NA : Mana? Ish takkan ah . Silap orang kot . *Ignore*

Afiqah : Weh dia dah laa tuu . *Amboi kuat pulak budak kecik nie sokong jikah *

NA : Dah dah . Sambung joging . Sarah and Zeera dah kedepan nuh .


Masa kitaorang dah habis joging , tengah minum air kat motor tuu ...


Zeera : Ehhh ZAKWAN !!!!!

*Semua mata Yuppies cari kelibat Zakwan*

*Zakwan pusing tengok kami*

NA : *OMAIGADD ! WHAT THE FISH?! Imma dead !! *

Yuppies : Hehehe . Taktau laa Nisa .

NA : Afiqah hurry up ! Aku nak balik !!!! 


Tau tak jantung macam nak terlucut dari badan bila jumpa crush ! Aigoo . Pastu malam tuu chat Zakwan tanya kenapa joging tak bagitau . Terkejut gila pig tau tengok dia ada situ . Then dia cakap tiap petang lepas kerja memang dia selalu datang joging . Ohhh . HAHA . Okey . Bajet jaa petang tuu lari bagai nak rak . Tapi hampeh balik rumah telan macam-macam . Tuu selama 3 bulan cuti nie berat aku naik sampai 6KG ! Omaigadd ! Nampak sangat lahh badan terlebih sihat . Target NA nak turun berat sebanyak 21kg . Nak bagi berat cukup dengan ketinggian NA . Sambil work out nak ambik jugak supplement and sapu krim pecah lemak . Plan nak beli tuu masa nak masuk PLKN nanti . Kan kat sana aktif . Insya Allah dengan bantuan slimming product tuu , boleh lah kot turun berat . Tak sampai 21kg , 10kg pun jadi laa . Start from today NA dah amalkan diet ketat tau . Takde lah ketat sangat . Cuma kuantiti makanan tuu dah kurang sikit . Sehari ada 3 kali makan aje . Tengahari makan nasi .Pagi and malam NA ambik roti sahaja . 


Okey lah . Thats all for today ! Tadi hi-tea aka dinner at D'Cottage with Yuppies . Nanti NA cerita tau . Memang lah tersangat-sangat kelakar bagai nak gila . Okey bye .




Apa Itu Monopod And Tripod ?


Assalamualaikum peeps ! Sorry lama dah tak update blog . Busy dengan driving test . Alhamdulillah QTI test lulus . 18/20 . Kamsahamnida cikgu ! Okey dalam entry-entry yang lepas NA ada cakap nak story pasal Monopod and Tripod kan? Okey NA nak tunaikan janji NA kat korang tu . NA rasa ramai dah yang tau kan pasal benda alah nie? Asalkan ada internet semua benda boleh . Kan kan? Better korang iya kan sebelum NA boikot . Hehe . Cahh . Ghaja !







TRIPOD

Okey . Itu nama dia . Apa fungsi dia? Tripod nie sesuai sangat untuk photographer . Sebab apa? Takkan ko nak pegang camera tuu 24 jam . At least mesti nak lepas jugak . Nak jugak muka ada dalam gambar ye kan? For you information , TRIPOD  nie dari perkataan TRI tuu bermaksud 3 . Kan ke 3 kaki tu? Ia juga ada dalam pelbagai saiz , dan bentuk ! Ye .
Ko tengok design kat kaki tuu . Cantik kan? Ada yang biasa jaa . Ada yang kaki macam bengkok sikit . Macam-macam keluaran ada . Macam gambar yang atas tuu saiz kecik . Ko nak tinggi pinggang ko pun ada tau . Tinggi pada ko aku tak tau laa . hehe . Mohon mintak pertolongan incik google kalau nak tau lebih lanjut . OKEY NEXT !



MONOPOD

Menatang nie nama dia monopod . Sesuai sangat and tersangat-sangat bagi orang suka berselfie . Korang perasan tak bila korang buat event je kan , masa nak ambik gambar ramai-ramai tuu susah ? Terpaksa selesai kan masalah korang dengan mintak tolong waiter/waitress atau sesiapa saja yang berdekatan dengan korang untuk snap kan gambar korang? So monopod lah jalan penyelesaiannya ! Yaa . Pemegang dia korang boleh adjust . Lagi ramai lagi panjang laa kaki dia . macam dalam gambar atas tuu . Boleh jetjet korang tangan panjang . Hehe . Setahu NA monopod sesuai untuk handphone and digital camera je . Tapi taktau lah kan? Untuk handphone better smartphone . Handphone holder tuu ada yang boleh adjust . Ada yang tak . Mohon google okey :)


Bagi sesiapa yang berminat , korang boleh order kat Insta tau :) Nak suggest instashop pun banyak sangat . Harga pun berpatutan . Benda-benda nie sesuai sangat masa korang nakpi vacation . Serious taktipu . Even NA sendiri tak pakai lagi monopod sebab tengah pokai sekarang , NA dapat rasa ianya bukan suatu benda yang rugi .  Sesetengah orang mesti cakap "Ala . Membazir je beli benda alah tuu . Better mintak orang tolong snapkan . Takyah bayaq pun" . Korang tak terfikir ke mana laa tau stranger tuu nak bawak lari korang punya handphone yang canggih-manggih tuu? Eh jangan taktau eh zaman sekarang budak 4 tahun dah pandai mintak ipad . Macam adik aku . Apapun better take it as possitive kan? NA dapat rasa korang akan appreciate benda tuu one day :) 


Itu saja untuk entry pasal Tripod and Monopod . Kalau rasa nak share dengan NA , NA terima dengan hati yang terbuka . Hehe . Ada lagi 2 entry nak post nie . Goodnight :)

I Want To Be A Lawyer Actually



Assalamualaikum semua ! Sihat ? NA masih lagi kureng sihat . Hari nie bersamaan 30/1/14 mesti Doktor Leo tengah makan besar dengan family dia nih . Hihi . Selamat Tahun Baru Cina yaa Leo . Gua sayang lu broh . Lu kawan + abang = Bekas-bakal-suami-tak-jadi gua . Dont forget to gimme AngPau meh . Ahh sepatutnya aku balik rumah atuk . Boleh join makan besar . Atuk ! I want AngPau ! You have to gimme . Haha .

Back to the main topic . Yaa . NA nak sangat jadi Lawyer kalau tak dapat Engineering . Okey , bila no pin UPU dah dibuka dalam 2-3 hari lepas no pin dibuka baru NA pi beli no pin UPU tuu . Sebab tahu dah memang first day memang ramai gila ah . So decide nak pi lepas 2-3 hari . Tuu pun masa NA pi beli tunggu dekat 30 minit gak . My cousin asked me to bought UPU pin for him . Hmm . Nasib ko kerja Zharif . Kalau tak memang aku bolayan laa permintaan ko tuu .

Balik tuu punya excited laa nak isi kan . Without discussing with my parent , NA pilih Undang-undang , Seni Bina dan Perakaunan . Lepas dah isi and select itu ini NA save dulu . Malas nak hantar lagi . Kot mana pun NA wajib discuss dengan parent NA . Esoknye NA tunjuk dekat Mami borang tuu . Then ..

Mami : Why do you choose law?

Me : Cause I think I can handle this and I wanna be a lawyer . *Smile*

Mami : Its difficult sweet heart . At least you have to get 4 band in MUET.

Me : I can handle it Mami . Trust me .

Mami : Why not you replace Law with Education? So thats mean you choose Education , Seni Bina and Accountancy .

Me : *Muka cemberut*

Mami : Its better much you know . After graduate they will posting you for teaching . So dah tahu nanti nak jadi apa . Ambik Pendidikan Awal Kanak-Kanak and Tesl . Okey tak abang?*Asking ayah*

Ayah : Okey *Ayah memang suka buat cool . Tumbuk kang*

Me : Hmmm ~

Mami : Choose UnisZa , UIAM  blablabla ~

Me : *Close the netbook*

NA tak faham betul diorang nie . Dah laa jadi guru tak pernah masuk dalam list cita-cita NA tau dak? Kenapa takde orang faham NA? Awal-awal tuu nak jadi Pilot . Tapi tak cukup syarat . Kenapa? Sebab syarat pertama : Tinggi mesti 16* something . So REJECT ! Syarat kedua : Penglihatan ; Takboleh pakai alat bantuan penglihatan yakni contact lens and spec . Again REJECT ! . So dah tahu sangat NA tak layak . Sebab NA tak cukup tinggi dan NA pakai spec . So dah cancel PILOT pastu bertukar kepada Doctor . Memang sekali lagi debushh ! Kena tendang . NA bukan budak pure science . Memang tak lah ! Menyesal pulak masa PMR 2011 dulu memain subject maths . So terima lah padahnya Nieysa Alexander . So Doctor also REJECTED !

Memandangkan NA budak Account memang nampak Accountant jaa laa time tuu . Tapi minat takde takboleh jugak . Like jadi cikgu laa . Dah laa tak minat dah tuu kena paksa pulak jadi cikgu . Stress iolls . Takut nanti aku ngajor anak orang tak ikhlas pulak . I dont want to be like that . Sekarang memang banyak graduate jadi penganggur . Kononnya salah pilih bidang . Iaitu antara yang ingin dipenuhi dengan cita-cita .  Yaa itu realitinya . Tapi tak semua bidang tak ada pekerjaan . Ye tak? Macam NA cakap tadi laa . Kerja tak ikhlas    apa pun tak dapat . Dan NA baca fakta anak sulung rituu dalam blog sapa entah . Memang anak sulung nie keras kepala batu simen bata apa semua laa .

Okey continue balik . So macam nie lah NA cakap kat diri sendiri " Kalau rezeki kau jadi Lawyer/Architect takkan kemana . Dan kalau dah dapat jangan sia-siakan peluang tu . Kalau jugak rezeki kau jadi guru , juga jangan sia-siakan . Ingat . Takde guru yang mengajar maka takde lah lawyer atau arkitek tu . Guru tu ibarat tanah yang mencengkam akar pokok untuk bertahan pada jangka masa yang lama . Senang cakap tunggak utama kejayaan seseorang la ".
 Kalau memang parent nak NA jadi guru jugak memang NA nak study sampai PhD . Biar kahwin lambat pun takpa . Hihihi . Tapi memang niat NA , bidang apa pun NA belajar NA akan belajar sampai habis . Macam syok pulak dengar Profesor Madya Nieysa Alexander . Tapi ramai yang cakap sapa yang study sampai PhD nanti orang takut nak masuk meminang . Kenapa? . Jawapannye mestilah takut Mas Kahwin dengan Belanja perkahwinan tinggi ! HAHA . So siap sedia lah ek kaum adam . Korang simpan lah duit tuu dari sekarang kalau nak berbinikan seorang profesor .

Last but not least , tepuk dada tanya hati dan iman korang . Minat itu tak salah tapi dunia sekarang ramai sangat orang yang dah pandai . Pekerjaan yang kerajaan nak sesangat memang tak banyak . Setahu NA sekarang diorang nak Doctor , Nurse , Marketing , Teacher , Accountant and blablabla. NA tak berapa sure . Tapi 4 di yang NA senaraikan diatas tuu memang diorang nak banyak kakitangan . Again selamat maju jaya untuk diri sendiri . Hihi . Goodnight guys .


P/s : NA sendiri tak pasti lagi nak jadi apa nanti . Mohon petunjuk dari Allah adalah jalan penyelesaian yang terbaik . Semoga berjaya :')





Apa Itu Retro Pop Phone?



Assalamualaikum semua ! NA harap korang semua sihat walafiat laa ye ? 
Masa NA tengah karang entry nie NA tak sihat sikit . Ala setakat batuk-batuk je pun . Ubat dah telan dah tadi . Tapi kan antara sakit yang NA meluat batuk laa . Sampai semput kekadang tuu . Nak bernapas tak boleh . Dah tuu rasa macam xcukup oksigen . Ye tak? HAHA

Okey back to the main topic , kali nie NA nak story "Apa itu retro pop phone" . Wah bajet macam gua pakai laa pulak pop phone tuu . HAHA . So soon ya bebeh ! .  

Okey . Retro pop phone tuu macam phone rumah korang . Tapi rasanya dia lagi klasik . Macam phone rumah zaman tok nadoq dulu . Tapi tapi tapi , ianya sangat comel tau ! Yeke? Serious NA cakap . Tersangat-sangat lah comel . Tambah pulak tuan punye pop phone tuu pulak pakai kan . Bertambah aummmm lerr . HAHA . Gambar mana? Dok soksek je dari tadi? . Sabar . Tengok bawah nie . Ade tak?Kalau takde NA taknak cakap apa dah laa . HAHA .





Tada ! So comel tak? Haa macam-macam colour korang boleh pilih tau . Benefits dia ek? Bagi korang yang suka bergayut/ on the phone dengan makwe pakwe korang sesuai sangat lah guna benda comel ni . Apesal lak?. Korang perasan tak bila dok tekup handphone tuu kat telinga lelama dia rasa panas? Then kalau korang nak tahu benda alah nie boleh Eliminates over 99% of absorbed phone radiation ?! Bahaya tau dak kalau korang gayut berjam-jam . Tuu baru sehari . Kalau sebulan? Setahun? 10 tahun?! Nie nak marah nie . HAHA .

Okey NA tak tahu laa apa lagi benefits dia sebab NA sendiri tak beli lagi benda alah comel nie . Nak recommend tempat suruh korang pi beli pun taktau . Yang NA tau kalau sesapa nak beli online boleh beli dekat Native Union . Memang bapak mahal laa dah diorang jual dalam USD . Tapi ianya memang 100% original ! Lagi satu , korang boleh pilih macam-macam design selain colour kosong macam gambar diatas tuu . Yang NA berkenan sangat pop phone yang satu body dia ditaburi dengan BATU SWAROVSKI ! Ambek kau ! Yang nie NA tengok dalam 2** USD . Promote untuk CNY maybe . Hehe . Memang tak mampu lerr den .

So sapa yang ada instagram , korang untung sebab sekarang nie ramai tau orang dok buat online shop jual aksesori handphone nie . NA nie sampai drolling tau dak tengok benda alah comel-comel nie . Dah tuu harga berpatutan . Tapi NA bleh gigit jari jelah . Zaman kejatuhan Nieysa Alexander mungkin . HAHA . Kayap . 

Okey lah sapa ada instagram tuu boleh search online shop tuu ye ? Selamat maju jaya dan selamat malam !



#PS : Sorrylah kali nie entry singkat sesangat . Dok batuk tak berhenti masa type entry nie . Insya Allah lepas nie NA cerita pasal Monopod pulak ye? :) Doakan NA dapat result SPM2013  yang gempak ye . Dan juga permohonan NA untuk masuk INTEC dalam Korean Programme lulus ! Amin . Oh sebelum lupa . Doakan jugak NA dapat PLKN kumpulan 2 . Tak rela iolls nak masuk group last . :D